Siakap Keli
Gambar: Google

TERKINI: 865 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 858 Kes Tempatan Dan 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Putrajaya, 19 Okt – Sebanyak 865 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 21,363 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dari jumlah itu, sebanyak 858 kes tempatan dan hanya 7 kes import dari luar negara. Sebanyak 7,456 kes aktif dicatatkan sehingga hari ini.

Tambahnya, sebanyak 154 kes bersamaan 17.8 peratus melibatkan kluster penjara yang terasing dan tidak menjangkiti masyarakat.

Sementara itu, Sabah menjadi negeri dengan kes terbanyak iaitu 643 kes diikuti Selangor (107), Labuan (34) dan Pulau Pinang (26).

Dukacita dimaklumkan terdapat tiga kes kematian pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes 190 bersamaan 0.9 peratus dari jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 di Malaysia. Ketiga-tiga kematian adalah dilaporkan di Sabah melibatkan dua warganegara dan seorang bukan warga negara.

Seramai 99 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.