Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Awas Pemilik Insta, Polis Dedah Trend “Pishing” Terkini, Jangan Layan Jika Terima DM Ini

Jenayah siber bukan lagi asing dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi dunia hari ini lebih banyak bergantung kepada teknologi atas talian.

Pelbagai jenayah siber yang mungkin biasa kita dengar seperti Macau Scam, judi online, Love Scam, ambil alih (phishing) emel, transaksi wang ke akaun bank palsu dan banyak lagi.

Menyentuh tentang phishing, jangan terkejut kerana selain emel, akaun Instagram juga berisiko untuk digodam oleh mereka.

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police baru-baru ini mendedahkan kegiatan jenayah phishing di Instagram.

Gambar: Cyber Crime Alert PDRM

Trend phishing terkini: Ambil alih akaun media sosial Instagram

Pengguna Instagram akan menerima direct message (DM) daripada akaun palsu Instagram yang menyamar sebagai Official Instagram atau Facebook.

Nasihat pihak polis

Sekiranya jenayah ini berlaku kepada anda, pihak PDRM menasihatkan untuk:-

1- Jangan respon kepada link yang diberi. Ianya akan meminta anda untuk memasukkan butiran maklumat login akaun Instagram anda iaitu ‘username’ dan ‘password’. Kemudian, mereka akan memintya anda untuk memasukkan butiran login emel address dan password.

2. Ini adalah suatu bentuk phishing terhadap maklumat login akaun media sosial yang menyasarkan pengguna Instagram yang kurang celik IT melalui skrip pemerdayaan yang kononnya daripada pihak Facebook/Instagram.

3. Setelah pengguna submit maklumat login details, hacker (akaun palsu tersebut) akan memperolehi maklumat itu dan menggunakannya untuk mengambil-alih akaun anda.

Berikut adalah lampiran paparan bagaimana kegiatan phishing dijalankan penjenayah tersebut:-
Gambar: Cyber Crime Alert PDRM

Akaun Instagram palsu yang digunakan hacker.

Gambar: Cyber Crime Alert PDRM

Mesej DM yang dihantar di Instagram kepada mangsa.

Gambar: Cyber Crime Alert PDRM

Page palsu untuk Phishing Instagram.

Gambar: Cyber Crime Alert PDRM

Page palsu untuk phishing.

Gambar: Cyber Crime Alert PDRM
Gambar: Cyber Crime Alert PDRM
Gambar: Cyber Crime Alert PDRM
Gambar: Cyber Crime Alert PDRM

Laman utama page phishing Instagram.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'