Siakap Keli
Gambar: Jabatan Meteorologi

Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 7.1 Gegar Selatan Alaska Awal Pagi Tadi

Satu gegaran gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Selatan Alaska pada 4.54 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.

Difahamkan, pusat gempa bumi tersebut terletak di 54.8 darjah Utara dan 159.7 darjah Barat dengan kedalaman 10 kilometer serta sejauh 2,548 kilometer arah Barat Laut dari Vancouver, Kanada.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Negara pada awalnya telah mengeluarkan amaran tsunami kepada wilayah berkenaan selepas kejadian tersebut.

Bagaimanapun amaran itu ditukar kepada peringatan.

“Sebelum itu kawasan yang diberi amaran dan peringatan berada cukup jauh.

“Untuk kawasan pantai di Kanada dan wilayah Amerika Syarikat berdekatan, tiada amaran tsunami dikeluarkan,” kata pusat tsunami tersebut, memetik laporan CNN pagi ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, CNN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'