Siakap Keli
Gambar Via Anadolu Agency

Jokowi Ingatkan Menterinya Jangan Tergesa-gesa Lancar Vaksin COVID-19, Ambil Berat Status Halal

Presiden Indonesia, Joko Widodo memberi peringatan kepada para menterinya pada Isnin lalu untuk tidak tergesa-gesa melancarkan vaksin COVID-19 baru di tengah-tengah kebimbangan masyarakat mengenai adakah vaksin tersebut disahkan halal atau dibenarkan di bawah undang-undang Islam, lapor Anadolu Agency.

“Kita perlu mempertimbangkan persepsi masyarakat berkaitan status halal untuk setiap vaksin COVID-19, yang berpontensi” katanya.

Kontroversi sama ada vaksin tersebut mematuhi prinsip Islam atau tidak telah memberi tanggapan kesihatan awam sebelum ini di Indonesia, termasuk pada tahun 2018 ketika Dewan Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa atau keputusan yang menyatakan vaksin campak adalah haram atau dilarang di bawah Islam.

“Komunikasi awam mengenai status halal, harga, kualiti dan pengedaran mesti disediakan dengan baik,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, titik kritikal seterusnya adalah pemberian vaksin kepada orang ramai.

Beliau mencadangkan memberikan penjelasan menyeluruh kepada masyarakat mengenai keutamaan penerima vaksin serta alasannya.

Indonesia dilaporkan akan mula melakukan vaksinasi kepada sekitar 9.1 juta orang seawal November tahun ini.

Negara tersebut akan menggunakan vaksin dari tiga syarikat iaitu Cansino, G42/ Sinopharm dan Slnovac.

Mereka telah memasuki fasa terakhir dari percubaan klinikal pada tahap ketiga dan sedang dalam proses mendapatkan Kebenaran Penggunaan Darurat (EUA) di sejumlah negara dan telah memperoleh EUA dari kerajaan China pada bulan Julai.

Kerajaan Indonesia pada ketika ini sedang menunggu sijil halal dari Dewan Ulama Indonesia untuk vaksin tersebut.

Sumber: Anadolu Agency

Sofea

There's always another side to every story