Siakap Keli
la pascualita
Gambar: Google

Kisah Seram ‘La Pascualita, ‘Mannequin’ Realistik Seakan Hidup Peragakan Pakaian Pengantin Di Butik Cetus Misteri

Jika anda penggemar kisah misteri, mungkin pernah terdengar kisah butik pengantin La Pascualita di Chihuahua, Mexico.

Dipercayai masih wujud hingga kini, butik ini pernah mencuri perhatian orang ramai setelah menggunakan satu ‘patung’ misteri bagi memperagakan koleksi pakaian pengantin mereka.

Kisahnya bermula pada Mac 1930 di mana patung baru muncul di butik pengantin selepas kematian anak perempuan kepada pemilik kedai, Pascuala Esparza.

Menurut kisah yang tular, wanita itu maut ketika majlis perkahwinannya dipercayai akibat disengat labah-labah berbisa, black widow. Dalam versi yang lain pula percaya mangsa disengat kala jengking.

Tidak lama kemudian selepas dia meninggal dunia, penduduk setempat menyedari kehadiran ‘mannequin’ yang mirip dengan wanita tersebut.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai rambut, mata, tangan yang tampak semulajadi dengan garisan pada kulit dan urat varikos yang realistik.

la pascualita
Kredit: Google
La Pascualita mempunyai kuku dan garisan pada tangan yang realistik. (Kredit: Google)

Malah, patung itu juga dikatakan mempunyai mata yang mengikut pergerakan orang lain di samping mengubah kedudukan pada waktu malam.

Menurut All That’s Interesting, beberapa pelanggan mendakwa mata La Pascualita mengikut pergerakan mereka ketika melawat butik berkenaan dan kedudukannya berubah sebaik mereka berpaling ke arahnya.

Bukan itu sahaja, dikhabarkan para pekerja butik berkenaan turut berasa seram ketika menghampiri patung berkenaan.


free gifs at gifgifs

Ditugaskan untuk menukar persalinan patung itu dua kali seminggu, para pekerja mendakwa tangan sejuk patung itu membuatkan mereka berasa seram setiap kali menukar pakaiannya.

“Setiap kali saya pergi dekat dengan Pascualita, tangan saya berpeluh. Tangannya sangat realistik dan dia turut mempunyai urat varikos pada kakinya. Saya percaya dia seorang manusia,” kata salah seorang pekerja.

Dalam versi lain pula, para penduduk percaya ia berasal daripada patung mannequin yang ‘dihidupkan’ seorang ahli silap mata dari Perancis.

Ahli magik itu dikhabarkan telah jatuh cinta pada patung berkenaan lalu ‘menjampi’ dan membawanya menari bersama pada setiap malam, sebelum memulangkan patung itu pada pagi berikutnya.

Apapun kisahnya, ramai yang mempertikaikan kesahihan lagenda itu berikutan keadaannya yang mustahil untuk kekal sempurna selepas bertahun-tahun meninggal dunia.

Biarpun pengawetan mayat boleh dilakukan melalui pembalseman (sepertimana yang dilakukan kepada jasad  bekas presiden Rusia, Vladimir Lenin), ia memerlukan pemantauan sekumpulan pakar yang khusus untuk menjaga keadaannya.

Jasad Vladimir Lenin yang diawetkan. (Gambar: Atlas Obscura)

Malah, jasad Lenin yang dijaga rapi sekumpulan pakar khusus juga dikatakan ditumbuhi kulat dan memerlukan pembalseman secara berkala.

Selain itu, kedudukan La Pascualita di hadapan cermin butik yang terdedah kepada cahaya matahari dan kelembapan dipercayai akan membuatkan jasad wanita itu lebih mudah mereput atau berkulat.

Hal ini membuatkan sebahagian orang percaya ia hanyalah sebuah patung manekin yang mempunyai misteri dan tersendiri.

Sumber: Caitlin Doughty, All That’s Interesting, America’s Most Haunted, Atlas Obscura

Amira

Love yourself.