Siakap Keli

Lelaki Didakwa Bakar Rumah Bekas Mertua, Dipercayai Selepas Bekas Isteri Enggan Rujuk

INDONESIA: Seorang suami berusia 34 tahun nekad untuk membakar rumah mertuannya setelah bertengkar dengan bekas isterinya.

Kejadian berlaku di Jalan Banyiur Luar, Kecamatan Banjarmasin Barat, Banjarmasin, Kalimantan Selatan (Kalsel).

Bekas isterinya tinggal di rumah ibu bapanya setelah bercerai dengan suaminya.

Seorang saksi yang merupakan jiran tetangga melihat kejadian itu.

Setelah mendengar pertengkaran antara bekas suami isteri itu, saksi memberitahu bahawa dia melihat lelaki itu sudah menyalakan api untuk membakar rumah bekas mertuanya.

Dia cuba untuk menghalang lelaki tersebut namun dengan serta-merta api marak dan membakar lantai dan dinding rumah mertuanya.

Kebakaran itu menyebabkan dua rumah tetangga turut terbakar dalam kejadian itu.

Saksi cuba untuk menangkap lelaki itu namun lelaki itu berjaya melarikan diri.

Anggota bomba segera ke lokasi kejadian setelah menerima laporan.

Lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh pihak polis ketika sedang bersembunyi di Jalan Sepakat Ujung, Desa Teluk Tiram.

“Dia ingin merujuk saya, tetapi kerana saya tahu akan tingkah lakunya jadi saya tidak mahu untuk dirujuk”, kata bekas isteri lelaki itu.

Lelaki itu juga turut mengancam untuk membunuh bekas isterinya sekiranya dia masih berkeras untuk menolak rujukannya.

Seminggu kemudian, bekas suaminya itu datang ke rumah mertuanya bersama minyak tanah pada waktu subuh.

Lelaki tersebut telah menuangkan minyak tanah pada isterinya serta rumah mertuanya.

Pergelutan telah berlaku dan wanita itu berjaya keluar daripada rumah yang dipenuhi dengan minyak tanah bersama keluarganya.

Akibat tindakannya, lelaki itu dikenakan tindakan di bawah Artikel 187 Kanun Jenayah dengan ancaman 12 tahun penjara.

Sumber: Tribunnews

Alfi Aiman