Siakap Keli

Pembunuh Budak 9 Tahun Yang Cuba Pertahankan Ibu Dari Dirogol Dilaporkan Mati Di Dalam Sel Tahanan

Beberapa minggu lalu, seorang kanak-kanak 9 tahun di Indonesia dilaporkan meninggal dunia setelah bergelut mempertahankan ibunya dari dirogol.

Kejadian tersebut telah tular dan orang ramai menyeru agar hukuman yang setimpal diberikan kepada pelaku.

Pun begitu, pelaku tersebut dilaporkan telah meninggal dunia di sel tahanan Mapolres Langsa pada 18 Oktober lalu.

Menurut Tribun Mataram, punca kematiannya masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa.

Pelaku yang merupakan seorang residivis ditangkap pada 11 Oktober lalu di kawasan kebun kelapa sawit selepas menetak kanak-kanak tersebut yang mempertahankan ibunya dari dirogol. Dia sebelum ini  dipercayai pernah mempunyai sejarah jenayah pembunuhan lampau di Riau.

BACA: “Geram Je Aku Dengan Mekdi Ni,” Burger Daging Menu Baru Dari McD Bikin Panas? Ramai Yang Tak Sabar Nak Cuba

Sumber: Tribun Mataram

Sofea

There's always another side to every story