Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 862 Kes Baharu COVID-19 Dan 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 862 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 862 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 22,225 kes secara keseluruhan.

Daripada 862 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 860 merupakan kes tempatan manakala 2 lagi adalah kes import.

Terdapat 95 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 29 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 634 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 14,351 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 3 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 193 kes atau bersamaan dengan 0.87%.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right