Siakap Keli

(Video) Honda Ingatkan Pandu Kereta Dengan Tangki Minyak Hampir Kosong Sebenarnya Tak Elok, Ini Risiko & Bahaya Menanti

Pernahkah anda terdengar orang cakap, sewaktu pandu kereta kalau nampak minyak petrol macam dah nak habis, boleh rileks dulu.

Ada pula yang berpendapat, kalau lampu minyak dah berkelip-kelip, sebenarnya masih ada ‘spare’ yang selamat untuk beberapa kilometer lagi.

Persoalannya, adakah berbahaya sekiranya kita terus memandu walapun sudah tahu minyak akan kering bila-bila masa sahaja?

Apakah kesan buruk yang menimpa jika kita ‘sengaja’ membiarkan tangki minyak kosong?

Honda Malaysia baru-baru ini ada berkongsi video di laman Facebooknya tentang isu tersebut. Mari tonton video ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Honda Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'