Siakap Keli

4 Jenis Makanan Mempunyai Sumber Vitamin D

Selain vitamin C, vitamin D juga amat penting untuk membantu menyerap jumlah klasium dan fosfat dalam badan. Nutrien ini sangat penting bagi memastikan kesihatan tulang, otot dan gigi manusia. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan kecacatan pada tulang seperti riket pada kanak-kanak dan sakit tulang yang digelar Osteomalacia bagi orang dewasa.

Seperti yang sedia maklum, matahari merupakan salah satu sumber vitamin D yang baik untuk tubuh manusia. Meskipun begitu, vitamin D dari sumber matahari juga dihadkan oleh persekitaran. Selain cahaya matahri, ini 4 makanan yang mempunyai sumber vitamin D yang boleh kita amalkan.

  1. Ikan Salmon

Ikan salmon merupakan sejenis ikan berlemak yang tergolong dalam sumber makanan yang mempunyai vitamin D. Satu hidangan ikan salmon seberat 100g mengandungi sumber vitamin D sebanyak 526 IU iaitu bersamaan dengan 66% keperluan sumber tersebut dalam sehari.

2. Minyak Ikan Kod

Minyak ikan kod juga merupakan sumber vitamn D yang merupakan salah satu jenis makanan tambahan. Sebanyak 448 IU vitamin D yang terkandung dalam setiap satu sudu teh, dos tersebut mencukupi 56% vitamin D dalam sehari. Selain mengandungi vitamin D, minyak ikan kod juga menagndungi lemak Omega-3 dan vitamin A.

Pengambilan minyak ikan kod berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Justeru itu, amalkan pengambilan minyak ikan kod mengikut sukatan yang telah diberikan oleh pengeluar.

3. Kuning Telur

Berita baik kepada mereka yang tidak menggemari makan ikan. Untuk makluman, ikan bukanlah satu-satunya sumber vitamin D yang ada, kuning telur juga mengandungi sumber vitamin D.  Satu kuning telur mempunyai 37 IU bersamaan dengan 5% dalam sehari. Ayam yang tetdedah dengan pencahayaan matahari yang baik mempunyai kandungan vitamin D yang lebih baik.

4. Cendawan

Pilihan lain bagi mereka yang tidak menggemari ikan atau telur khususnya golongan vegetarian boleh mengamalkan makan cendawan. Menurut Medical News Today, beberapa jenis cendawan termasuk dalam makan sumber Vitamin D yang baik untuk diamalkan.

50g cendawan maiteke mengandungi sebanyak 562 IU vitamin D bersamaan 95% keperluan dalam sehari. Manakala cendawan shiitake pula mengandungi 77 IU untuk 50g bersaaman dengan 12% keperlauan dalam sehari.

Selepas ini, boleh lah anda tambahkan sumber makanan tersebut dalam hidangan harian anda bagi mencukupi sumber vitamin D untuk kesihatan seisi keluarga.

Sumber- TribunNews

Faiz Mustafa