Kepada para isteri, suri rumah, ibu-ibu yang selalu ‘sibuk’ memasak di dapur, pasti ikan bilis menjadi salah satu ramuan utama dalam masakan.
Selain boleh ditumis dengan bawang putih dan merah hingga naik bau yang menyengat hidung, ia juga boleh dijadikan santapan menarik.
Sebagai orang Malaysia, ikan bilis amat sinonim dengan nasi lemak, sama ada digoreng mahupun dibuat sambal. Enaknya pasti melekat hingga termimpi-mimpi.
Tetapi tahukah anda, bagaimana nak pastikan ikan bilis itu kekal rangup ‘krup-krap’ apabila dikunyah dan tak lembik?
Seorang netizen, Mis Bie ada berkongsi tips penting apa nak dibuat untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis di group Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) baru-baru ini. Mari ikuti perkongsian ini.

Rahsia ikan bilis rangup
Ramai lagi yang tak tahu rupanya macam mana untuk ikan bilis kekal rangup walaupun dicuci bersih. Sebab ramai yang memilih untuk tidak cuci ikan bilis. Terus masuk dalam minyak untuk maintain rangup.
“Halalan thoyyiban” sayangku. Suka saya share di sini untuk manfaat semua.
1- Cuci bersih
Cuci ikan bilis bersih-sebersihnya.
2- Tapis sampai kering
Tapis, toskan bagi kering sedikit, saya tos lebih kurang setengah jam sebab kalau tidak tos nanti bergumpal dengan tepung. Jadi cekodok pula ikan bilis korang.

3- Tepungkan
Lepas dah tos, campak je dalam pinggan yang korang dah letak tepung. Tepung apa? tepung gandum je guys. Suka hati la cap apa, cap Sauh ke Lili ke janji tepung gandum.
*tips 1: Pastikan korang gaul dengan tepung, ikan bilis tu tak bergumpal. Kalau tak, nanti dalam kuali memang tak habis wrestling la gamaknya.
*tips 2: Ikan bilis yang tak terlalu basah confirm tak bergumpal punya. Toskan jela elok-elok.
4- Masuk dalam minyak panas
Masukkan ikan bilis yang yang dah digaul dalam tepung tadi ke dalam minyak panas. Api jangan besar ye, just nice je. Barulah ikan bilis tu masak elok dan rangup.
Ikan bilis ni bolehlah dimakan dengan nasi lemak atau buat sambal. Rangupnya tu memang power. Tak percaya, cubalah.

Sumber: Mis Bie via Masak Apa Hari Ini