Siakap Keli

Cikgu Kreatif, Gigih Buat ‘Kolam Renang’ Guna Plastik Untuk Murid-Murid Di Pedalaman

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pelbagai cabaran terpaksa digalas oleh para guru dalam mendidik modal insan yang cemerlang. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam menyampaikan ilmu terutamanya apabila berdepan dengan murid-murid di bangku sekolah rendah.

Cabaran itu ditambah pula sekiranya murid berada di kawasan pedalaman di mana guru berdepan kekangan dalam pembelajaran dari segi fasiliti dan peralatan.

Jadi, mahu atau tidak, idea di luar kotak kebiasaan perlu diguna pakai bagi menarik minat pelajar seperti yang dilakukan oleh seorang guru, Muhammad Nazmi seperti yang tular di Twitter baru-baru ini.

Manakan tidak, menerusi gambar yang dikongsikan, beliau gigih menggunakan 200 beg plastik untuk dijadikan sebagai ‘kolam renang’ supaya anak muridnya di pedalaman dapat mendapat gambaran sebenar kolam renang.

Memang kreatif dan terima kasih diucapkan atas usaha semua guru yang bertungkus-lumus dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa!

Apa sahaja boleh dipakai, bedal sahaja untuk mengajar

I made a swimming pool using 200 pieces of plastic bags. Ni la life cikgu-cikgu pedalaman. Apa-apa yang boleh di pakai, bedal saja pakai untuk mengajar.

Sumber: Twitter Muhammad Nazmi, Facebook Muhammad Nazmi (Little Chuckee)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.