Menggunakan jalan raya sama ada menunggang atau memandu kenderaan sememangnya perlu peka dengan keadaan sekeliling. Selain itu, tanda isyarat dan panduan yang diletakkan di jalan raya juga perlulah dipatuhi. Antaranya ialah petak kuning yang sering dilihat di kawasan simpang.
Mungkin masih ada yang tidak tahu apa sebenarnya fungsi petak kuning yang terdapat di atas jalan raya. Simpang berpetak kuning direka untuk memastikan laluan lancar dan kenderaan bergerak tanpa dihalang.
Berikut merupakan cara menggunakan simpang petak kuning :
1. Jangan memasuki petak kuning sebelum memastikan laluan keluar adalah lancar.
2. Jangan berhenti di dalam petak kuning di belakang kenderaan yang tidak bergerak.
3. Jangan berhenti dengan sebahagian kenderaan anda berada di dalam petak kuning.
Tahukah anda simpang berpetak kuning direka untuk memastikan laluan lancar dan kenderaan begerak tanpa dihalang. pic.twitter.com/1EPeGS9bIQ
— JPJ Malaysia (@JPJ_Malaysia) October 13, 2020
SUMBER : JPJ Malaysia