Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Elak Penyakit Berbahaya ‘Serang’ Diri, Berikut 5 Tips Gaya Hidup Sihat Boleh Diamalkan

Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok.  Apatah lagi dengan situasi kini iaitu pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia.

Sedar akan situasi yang kian meruncing itu, Jabatan Kesihatan Negeri telah berkongsi 5 tips gaya hidup sihat di portal rasmi mereka untuk mengurangkan penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Berikut merupakan tips yang dikongsikan :

1. Minum air secukupnya. 
Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan. Air yang mencukupi juga amat penting untuk kesihatan kulit dan ia membantu membakar kalori didalam badan.

2. Bersenam. 
Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan senaman ringkas walaupun 10 minit sehari. Perlu diketahui juga bahawa bercucuk tanam juga merupakan satu senaman ringkas.

3. Jangan merokok dan minum minuman keras. 
Umum mengetahui bahawa merokok dan mengambil minuman keras akan memudaratkan kesihatan kerana ia akan merosakkan anggota dalaman.

4. Diet pemakanan yang sihat. 
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik ialah makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

5. Tangani stress.
Elakkan tekanan kerana ia mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik yang tenang dan sentiasa positif.

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak cara. Jika mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya.

SUMBER : JKN Selangor 

Aziezzan