Siakap Keli
Kredit gambar: BERNAMA

Gangguan Air Selangor: 195 Kawasan Ini Masih Dalam Proses Pemulihan, Dijangka Pulih Sepenuhnya 8 Pagi Esok

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Sejumlah 1,097 (85 peratus) daripada 1,292 kawasan terjejas telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat 9 pagi ini.

Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, 195 kawasan selebihnya masih lagi dalam proses pemulihan dan semuanya akan dijangka pulih sepenuhnya pada 8 pagi esok.

“Tahap peratusan pemulihan di kawasan terlibat lain di Petaling ialah 97 peratus, Klang/Shah Alam 54 peratus, Gombak 73 peratus, Kuala Lumpur 89 peratus, Kuala Langat 50 peratus, Kuala Selangor 99.7 peratus dan Hulu Selangor 100 peratus.

“Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

“Air bersih ini telah melalui ujian kualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan pematuhan tersebut telah disahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Difahamkan, bantuan bekalan alternatif di pili-pili awam dan dan Pusat Khidmat Setempat masih lagi disediakan untuk kemudahan pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual tersebut.

“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan di laman sesawang www.airselangor.com atau laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter serta aplikasi Air Selangor dari semasa ke semasa.

Senarai kawasan terjejas yang masih dalam proses pemulihan adalah seperti berikut:-

 

 

Kredit lampiran: Air Selangor
Kredit lampiran: Air Selangor
Kredit lampiran: Air Selangor
Kredit lampiran: Air Selangor

 

Kredit lampiran: Air Selangor

Sumber: Air Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'