Siakap Keli

PDRM Cari 6 Individu Warga China, Dikehendaki Bagi Selesaikan Kes Sindiket “Calling Centre” Antarabangsa & Tempatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mencari enam individu bagi menyelesaikan kes Sindiket Calling Centre Antarabangsa dan Tempatan.

Menurut kenyataan yang dikongsikan di Facebook PDRM, orang ramai yang mengenali atau mengetahui dan mempunyai maklumat berkenaan kesemua individu tersebut diminta untuk berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, DSP Nuzulan Mohd Din di talian 019-7223577.

“Maklumat juga boleh disalurkan di mana-mana Balai Polis yang berdekatan. Kerjasama daripada orang ramai amat dihargai,” kata kenyataan tersebut.

Butiran individu dikehendaki adalah seperti berikut:

HEBAHAN: ORANG DIKEHENDAKI Pihak polis sedang mencari enam individu bagi menyelesaikan kes Sindiket Calling Centre…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, October 21, 2020

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

Sofea

There's always another side to every story