Siakap Keli
Gambar: Kompas TV

Pernah Dianggap Boleh ‘Mati’ Jika Bersatu Ketika Kecil, Kembar Terpisah 20 Tahun Bertemu Semula Di Aplikasi Viral

Siapa sangka, selepas 20 tahun terpisah, kembar ini akhirnya dipertemukan kembali melalui media sosial.

Dipisahkan sejak usia 2 bulan, kedua-dua gadis berusia 24 tahun dibesarkan oleh keluarga yang berbeza masing-masing di Jawa Barat dan Jawa Timur.

Dipercayai sering sakit ketika usia kecil, kedua-dua ibu bapa mereka dikhabarkan telah dinasihati orang sekeliling agar mengasingkan mereka berdua kerana ‘dikhuatiri boleh meninggal dunia’.

“Saran seseorang yang dianggap tua ketika di Maluku, kalau kembar itu disatukan, dikhuatiri akan meninggal,” kata bapa mereka, yang kini berusia 59 tahun, seperti dilapor Kompas.

Berikutan melihat pengalaman kakak kepada isterinya yang pernah kehilangan anak kembar, mereka percaya dengan nasihat tersebut. Susulan itu, mereka menyerahkan si adik kepada keluarga lain manakala si kakak dijaga mereka sendiri.

“Kakak isteri saya pernah ada sejarah melahirkan anak kembar dan meninggal. Kerana takut, kami pun menitipkan anak kembar ketika berusia dua bulan,” katanya. Mereka kemudiannya menyerahkan si kakak kepada jiran bernama Ustaz Ibrahim yang kini tinggal di Garut manakala si adik diberikan kepada pasangan lain yang tinggal di Ambon, Maluku.

Pun begitu, sebaik kelahiran anak bongsu mereka di Ambon, terjadi rusuhan yang mengakibatkan keluarga mereka mengambil keputusan untuk pulang ke tempat asal mereka dan membawa semua anak. Pun begitu, keluarga mereka terputus hubungan dengan keluarga angkat kembar tersebut sehinggalah kini.

Pertemuan kembali mereka bertitik tolak daripada jiran tetangga yang melihat video TikTok si adik yang disangka mereka adalah si kakak.

“Jiran memuji video itu, padahal dia jarang membuat video,” kata salah seorang kembar itu ketika awal pertemuan mereka.

Awalnya, si kakak menyangka orang itu hanyalah pelanduk dua serupa.

“Kemudian ada tiga orang yang beritahu si kakak bahawa ada yang buat video miripnya. Lalu jiran-jirannya membuka media sosial saya. Kerana saya juga berniaga secara online, maka ada rakan yang mutual,” kata si adik.

Susulan itu tambahnya, saudara-saudaranya telah menghubunginya semula. Menurut Kompas, gadis itu akan bertemu mereka sekeluarga pada 21 Oktober ini.

Sumber: Kompas TV

Amira

Love yourself.