Siakap Keli
Gambar: Bernama

PKPD Di Penjara, Kuaters Penjara Seberang Perai Mulai Esok – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Seberang Prai serta kuarters penjara seberang perai mulai 22 Oktober 2020 sehingga 4 November 2020.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas mendapat pandangan serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan itu.

“Bagi mengawal penularan di penjara serta kawasan kuarters kakitangan tersebut, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat atau pun PKPD di di penjara Seberang Prai serta kuarters penjara seberang perai bermula 22 Oktober 2020 sehingga 4 November 2020.

“Perlaksanaan PKPD ini bagi membolehkan pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dapat dikawal dan untuk mempermudahkan perlaksanaan ujian saringan COVID-19 terhadap individu-individu bersasar di penjara tersebut,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.