Siakap Keli
Gambar: Mirror

Sembilan Sekeluarga Dilapor Maut Dipercayai Akibat Makan Mi Disimpan Dalam Peti Sejuk Lebih Setahun

Sekurang-kurangnya sembilan sekeluarga dilaporkan maut selepas menikmati hidangan mi yang terdapat di dalam peti sejuk rumah mereka, lapor Mirror.

Mi yang dilaporkan disimpan di dalam peti sejuk rumah mereka selama lebih daripada setahun itu mengandungi tepung jagung yang diperam, yang akhirnya meracuni keluarga tersebut dengan asid bongrekik.

Tujuh orang dewasa yang berasal dari bandar Jixi di wilayah timur laut China, Heilongjiang, dilaporkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu selepas memakan hidangan bernama Suantangzi, sebuah hidangan tempatan Cina, lima hari sebelum tragedi itu.

Mangsa terakhir yang memakan sup itu, telah meninggal dunia pada hari Isnin, lapor Daily Star.

Mujur, tiga daripada kanak-kanak yang dihidangkan makanan itu semasa keluarga tersebut berkumpul enggan memakannya kerana mereka tidak menyukai rasanya.

Gao Fei, Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, memberitahu kepada China News Service bahawa keracunan asid bongkrek lazimnya membawa maut.

Gejala keracunan bongkrek biasanya bermula dalam beberapa jam selepas memakan makanan yang tercemar. Pesakit akan mengalami sakit perut, berpeluh, kelemahan genera, dan akhirnya koma. Kematian juga boleh berlaku dalam masa 24 jam.

“Ia boleh menyebabkan kerosakan serius pada kebanyakan organ badan manusia termasuk hati, ginjal, jantung, dan otak,” kata Gao.

“Ketika ini, tidak ada penawar khusus bagi keracunan ini. Sekiranya terkena, kadar kematian bagi keracunan ini boleh mencapai 40% hingga 100%.”

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right