Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 732 Kes Baharu COVID-19 Dan 6 Kes Kematian Baharu Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 732 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 732 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 22,657 kes secara keseluruhan.

Daripada 732 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 724 merupakan kes tempatan manakala 8 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 7,827 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 102 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 31 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 580 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 14,931 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 6 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 199 kes atau bersamaan dengan 0.87% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.