Siakap Keli

Wanita Didakwa Bunuh Bayi Sendiri, Dipercayai Tertekan Dihimpit Masalah Kewangan & Suami Kerap Main Telefon

INDONESIA: Diduga disebabkan oleh masalah ekonomi, seorang ibu muda didakwa membunuh bayinya sendiri ketika tidur.

Bayi lelaki yang berusia 3 bulan itu didakwa dibunuh oleh ibunya sendiri dengan menggunakan pisau dapur ketika sedang tidur.

Suspek berusia 21 tahun.

Kejadian tragis ini mengejutkan penduduk Desa Rukun Lima, Daerah Ende Selatan.

“Ketika ini, suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Ende untuk siasatan lebih lanjut”, kata Ketua Unit Siasatan Jenayah, Laurensius.

Menurut Laurensius, ketika kejadian itu berlaku, mangsa sedang tidur. Suspek disyaki mengalami tekanan dan kemudian mengambil pisau dapur dan mendera bayinya.

Menurut Laurensius, suspek disyaki mengalami tekanan kerana masalah ekonomi, manakala si suami kerap menghabiskan masa dengan bermain telefon dan game. Suami pelaku diketahui bekerja sebagai pemandu teksi motosikal.

Mangsa dikejarkan ke hospital oleh bapa mangsa, tetapi kerana kecederaan yang dialaminya agak parah, bayi tersebut telah meninggal dunia.

“Anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ende”, kata bapa mangsa.

Sumber: Kompas

Alfi Aiman