Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Warga Emas Cedera Diserang Lebah Di Ladang Teh

LENGGONG, 21 Okt (Bernama) — Malang tidak berbau bagi seorang lelaki warga emas apabila cedera selepas disengat sekumpulan lebah ketika melalui sebuah ladang teh di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Lenggong berkata mangsa Kamaruddin Othman, 72, mengalami bengkak di beberapa bahagian muka akibat dihurungi kumpulan lebah berkenaan.

“Kami menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.40 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong ke lokasi bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap, pasukan bomba menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) lengkap ‘Bee Suit’ bagi menyelamat mangsa yang telah dihurung lebah.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Hamdan Abdullah itu tamat pada pukul 11.54 pagi dan mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.