Siakap Keli

Anak Redha Mak ‘Pergi’ Selepas 13 Tahun Lawan Sakit, Meninggal Dunia Lepas Selesai Bacaan Yasin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang pernah kehilangan orang tersayang terutamanya ibu yang paling dikasihi pasti akan merasai kepedihan menanggung rindu kepada insan yang sudah tiada. Hanya kiriman doa menjadi pengubat rindu pada mereka. Semua orang akan diuji tuhan dengan merasai kehilangan.

Kesakitan kehilangan orang tersayang terutamanya ibu bapa tidak boleh digambarkan dengan kata-kata dan perit untuk diterima oleh sesiapa pun. Namun, setiap takdir Tuhan yang tertulis itu perlu diterima dengan berlapang dada.

Seperti perkongsian daripada seorang jejaka ini, Azlan Jais menerusi laman Twitternya mengenai pengalaman kehilangan ibu tercinta akibat sakit kanser yang ditanggungnya sejak 2007. Walaupun pedih rasanya tetapi anak ini tetap rasa syukur kerana dapat menjaga ibunya sehingga nafas terakhir.

“Lepas habis bacaan Yasin semua, mak pon terus tutup mata sambil tangan mak genggam tangan orang.”

Mak, Hari ni mak pergi tinggalkan org. Mak pergi tinggalkan semua, abah, abangg ly dan kak ina. Benda yang paling orang takut akhirnya terjadi Mak pergi sangat senang. Allah mudahkan perjalanan mak. Lepas habis bacaan Yasin semua, mak pon terus tutup mata sambil tangan mak genggam tangan orang.

Jelas menunjukkan betapa eratnya anak lelaki dan ibunya sehingga nafas terakhir ibu masih mengenggam tangan anak. Sebagai anak, siapalah kita untuk membiarkan ibu bapa keseorangan di kampung, sementara mereka masih ada, carilah peluang untuk bersama-sama mereka. Kenangan bersama ibu dan ayah sangat mahal, tiada nilai untuk dibayar beli.

Orang bangga mak dengan diri org mak. Mampu jaga mak masa sakit, kat hospital, kat rumah. Mak bagi izin cuci najis mak. Orang rasa peluang yang bukan semua orang dapat mak. Sebab tu orang bangga. Mak tunggu orang yang cuci untuk mak kalau kat hospital dulu.

13 tahun mak sakit dari 2007-2020. Orang lain pon kagum gak.

Mak ni kuat sangat tau. Doktor pon cakap yang semangat mak ni kuat sangat. Orang tak mampu jadi macam mak. Kena jahit kat perut pon tak pakai bius. Selamba camtu je… semua tu kenangan yang tak dapat orang lupakan. 13 tahun mak sakit dari 2007-2020. Orang lain pon kagum gak.

Mak ada kidney failure dan 2019 mak diagnosed bile duct cancer stage 2. Mak sentiasa nak lawan sakit mak tu. Tak pernah mak mengeluh, orang pon terikut perangai mak. Kat mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Allah bagi kesenangan pada mak. Cuaca yang panas bertukar hujan, then mendung.. Allahu, rezeki mak la. Orang syukur sangat. Urusan pengembumian mak pon lancar takde masalah. Anak-anak yang mak baby sit masa kecik mostly datang hantar mak ke kubur. Banyak jasa mak kat orang luar sana.

Mak rehatlah, mak dah penat berjuang lawan sakit mak…

Mak malam ni malam pertama mak pergi tinggalkan orang. Orang redha mak, orang puas dapat berbakti kat mak walaupon orang tau tak dapat orang balas jasa mak yang seluas lautan dari orang kecik sampai la umur 34 tahun ni. Mak rehatlah, mak dah penat berjuang lawan sakit mak. Love you mak!

 

Sumber: Azlan Jais

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang