Siakap Keli
Gambar Via Tribun Batam

Beza Usia Lebih 50 Tahun, Perkahwinan Warga Emas Ini Dengan Gadis 18 Tahun Jadi Viral

Seorang warga emas yang berusia 71 tahun menjadi tular di Indonesia kerana menikahi seorang gadis berusia 18 tahun, lapor Tribun Batam.

Gadis 18 tahun itu adalah penduduk kelurahan Bunut Pangsor, Kecamatan Pagaden, Kabupaten Subang, Jawa Barat.

Perkahwinan mereka menjadi tular setelah dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook.

Dari gambar-gambar yang dimuatnaik, pernikahan mereka dilihat seperti pasangan yang lainnya.

Mengenakan gaun dan pakaian pengantin serba putih, mereka kelihatan mesra seperti pasangan yang tidak berbeza usia.

Lebih menarik perhatian, datuk berusia 71 tahun itu juga memberikan hantaran yang serba lengkap kepada gadis tersebut termasuk sebuah motosikal, tilam, kabinet dan peralatan rumah.

Semua barangan tersebut di bawa dengan menggunakan dua buah kereta.

Ada juga yang mendakwa bahawa warga emas tersebut memberikan mas kahwin sebanyak 11 gram dan wang Rp 10 juta.

Sumber: Tribun Batam

Sofea

There's always another side to every story