Siakap Keli

Digelar Remaja Tertinggi Di Dunia, Remaja Ini Miliki Ketinggian 7 Kaki 3 Inci

CHINA: Seorang budak lelaki berusia 14 tahun bakal menjadi remaja tertinggi di dunia.

Schoolboy Xiaoyu, dari Leshan City di wilayah barat daya China, Sichuan, sedang menunggu pengesahan dari Guinness World Records bahawa dia adalah remaja lelaki tertinggi di dunia dengan ketinggian 7 kaki 3 inci (221cm).

Schoolboy Xiaoyu, dari Leshan City di China, telah diukur secara rasmi oleh pegawai pensijilan Guinness World Records dan berharap dapat merangkul gelaran remaja tertinggi di dunia.

“Sejak saya masuk sekolah, saya perhatikan bahawa saya lebih tinggi daripada pelajar-pelajar lain yang mana sama umur dengan saya. Ramai pelajar menyalah anggap saya sebagai senior mereka”, katanya.

“Perkara itu menggangu saya tetapi saya memutuskan untuk menjadikannya sebagai positif dengan memohon kepada Guinness untuk melihat apakah saya dapat memperoleh rekod dunia”, katanya.

Lu Lei, seorang pegawai pensijilan Guinness World Records, pergi ke Leshan untuk mengesahkan cabaran Xiaoyu.

“Pencabarnya mestilah lelaki dan berumur antara 13-18 tahun. Pada masa ini bekas pemegang Rekod Dunia Guinness berusia lebih dari 18 tahun”, kata salah seorang daripada pegawai Guinness World Records.

Setelah pengukuran selesai, keputusan itu akan dihantar ke London untuk diaudit di Pusat Guinness. Setelah disahkan, Xiaoyu dijangka akan menjadi pemegang rekod remaja tertinggi di dunia.

Sumber: Dailystar

Alfi Aiman