Siakap Keli
Kredit: Rohayu Naura

Elak Minyak ‘Meletup’ Dan Terpercik, Wanita Kongsi Rahsia Goreng Ikan Keli Dengan Lebih Selamat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biarpun ringkas, ramai yang sukakan menu keli goreng ini. Dengan rasa rangup dan isinya yang lembut berlemak, pasti membuatkan selera kita bertambah. Makan pula dengan air asam atau sambal belacan dan ulam, fuhh.

Tapi, satu cabaran bila nak masak ikan keli ni ialah kena menghadap minyak yang meletup-letup ketika menggorengnya. Silap hari bulan boleh terpercik minyak panas ke muka kita.

Jadi, sebelum berparut muka atau tangan terkena minyak panas, jom kita belajar tips menggoreng ikan keli supaya tidak meletup yang dikongsikan oleh Puan Rohayu Naura di group Masak Apa Hari Ni.

Sedikit ilmu tak bagi meletup masa goreng ikan keli

Korang jangan terpedaya dengan ikan yang besar. Jangan ambil ikan keli yang besar. Percaya la ikan keli besar tak sedap. Isi dia liat. Pilih ikan keli yang kecil comel-comel je ok.

1. Ikan keli basuh dulu bagi ala-ala kadar je. Potong kepala dia. Lepas tu kelar macam dalam gambar. Lepas tu bubuh tepung gandum dengan limau. Ramas-ramas bagi keluar lendir. Baru masuk air sikit dan ramas-ramas lagi. Baru basuh bersih-bersih.

Gambar: Rohayu Naura

2. Dah bersih, bubuh garam dengan kunyit. Sambil-sambil tu korang dah boleh mula panaskan minyak.

Gambar: Rohayu Naura

3. Goreng macam biasa. InshaAllah tak meletup.

Gambar: Rohayu Naura

Siap. Korang boleh makan dengan nasi. Tuang kicap.. Ni akak masak sambal kesukaan suami.

Gambar: Rohayu Naura

Sumber: Rohayu Naura

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.