Mengejutkan warga Dusun Jarukin, Maluku apabila salah seorang warga telah menemui anak ikan Yu putih cerah yang bermata satu sepanjang 30 cm itu. Anak ikan Yu tersebut ditemukan oleh salah seorang nelayan tempatan bernama Juman Selfara.
Khabarnya, Juman menemui ibu ikan Yu tersebut kerana terjerat oleh jaringnya ketika sedang menjala di perairan desa itu pada 11 Oktober yang lalu. Juman membelah perut ikan Yu itu setelah sampai di rumah. Menurut maklumat yang diperoleh oleh media tempatan, terdapat empat ekor anak ikan Yu di dalam perut ibu ikan tersebut setelah dibelah.
Kemudian, setelah keempat-empat ekor anak ikan itu dikeluarkan, anak kepada Juman yang melihat proses belahan ikan tersebut mendapati ada seekor lagi anak ikan Yu di dalam perut ibunya. Mengejutkan, anak ikan yang terakhir itu hanya memiliki satu mata yang seakan-akan mata manusia. Setelah itu, ramai warga tempatan mengunjungi rumah mereka untuk melihat sendiri anak ikan Yu tersebut.
Menurut Prof J Mosses, Ahli Perikanan dari Fakulti Ilmu Perikanan, Universiti Pattimura Ambon berkata, hal itu berlaku mungkin disebabkan cyclopia iaitu kegagalan pertumbuhan embrio. Oleh sebab itu, anak ikan Yu tersebut hanya memiliki satu mata sahaja kerana otaknya tidak sempurna.
Ada juga yang berpendapat kegagalan memberikan sumber protein yang cukup telah mempengaruhi pertumbuhan embrio anak ikan Yu tersebut.
Sumber- Kompas.com