Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Kajian KKM Mendapati 50.2% Pesakit Covid-19 Tidak Bergejala Pada Masa Mereka Dikesan Positif

Kajian terbaharu Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) mendapati 50.2% pesakit Covid-19 tidak bergejala ketika di kesan positif. Kajian ini melibatkan 5,889 pesakit itu juga mendapati, 1.1% dalam keadaan tenat ketika dikesan positif.

Menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan keadaan klinikal pesakit Covid-19 semasa dikesan. Hal ini akan membantu orang ramai agar lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Berdasarkan infografik di bawah menunjukkan terdapat 1 daripada 2 pesakit Covid-19 adalah tanpa gejala pada masa mereka dikesan positif. Bukan itu sahaja, gejala yang kerap dikesan apabila dijangkit Covid-19 adalah batuk, sakit tekak dan deman.

Pihak KKM juga menasihati orang ramai agar memakai pelitup muka di tempat awam untuk lindungi diri, bahkan secara tidak langsung untuk orang lain.

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang