Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Mayat Wanita Reput Ditemukan Di Belakang Kuil

TAIPING, 22 Okt (Bernama) — Mayat seorang wanita yang telah reput ditemukan di belakang sebuah kuil di Taman Zenith, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu dari orang awam pada pukul 7 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu telah mereput dan tiada identiti. Siasatan lanjut polis menemukan dompet mangsa yang berisi wang, tetapi kad pengenalan mangsa tidak ditemukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Osman berkata siasatan lanjut sedang dijalankan pasukan forensik D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Katanya, setakat ini tiada laporan mengenai kehilangan ahli keluarga dibuat.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story