Siakap Keli

Tular Video Tarik Rambut Lepas Tiup Lilin Kek ‘Birthday’, Ibu Padam Video Dan Perjelas Situasi Sebenar

Majlis hari jadi merupakan kenangan terindah bagi kanak-kanak. Ketika itulah mereka boleh berfantasi dengan watak-watak animasi kegemaran yang dijadikan tema sambutan.

Pun begitu, bagi seorang kanak-kanak tiga tahun di Brazil, detik bahagianya untuk meniup lilin kek miliknya sendiri bagaikan ‘dirampas’ apabila si kakak terlebih dahulu meniup api lilin sehingga terpadam.

Berang dengan tindakan si kakak, kanak-kanak itu menarik rambut kakaknya berulang kali sebelum ditenangkan ahli keluarga yang menghidupkan kembali api pada lilin tadi.

Reaksi muka yang dipamerkan oleh si kakak selepas meniup lilin tersebut telah menjadi tular dan perhatian warganet. Kesan daripadanya, rakaman tersebut telah tular dan pelbagai meme telah dibuat menggunakan wajah mereka berdua.

Jelas si ibu, insiden itu berpunca daripada perasaan cemburu sesama mereka. Walau bagaimanapun katanya, kedua-dua beradik itu dikatakan telah membakar kek tersebut bersama-sama untuk majlis berkenaan. Menurut portal en24 News, ibunya telah membuang video tersebut daripada Instagram selepas rakaman tersebut tular. Tindakan itu juga dilakukan dipercayai kerana terkejut dengan ‘sambutan’ daripada ramai orang ketika itu.

Kemudiannya, wanita itu memuat naik semula gambar mereka berdua dan menyatakan bahawa mereka berdua adalah saudara dan telah membuat kek bersama.

Sumber: The Canadian News, EN24 News

Amira

Love yourself.