Siakap Keli

Program Ibu Emas Pulau Pinang Ditangguhkan

GEORGE TOWN, 22 Okt- Program fasa pertama pemberian wang tunai untuk ibu tunggal yang telah dijadualkan pada 24 Okt dan 25 Okt akan ditangguhkan ke masa lain yang akan dimaklumkan kelak. Hal tersebut diumumkan sendiri oleh kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Menurut Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan, keputusan untuk menangguhkan proram itu telah diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

“Penangguhan itu dibuat disebabkan kenaikkan jumlah kes COVID-19 di Pulau Pinang, selain kerisauan mengenai keselamatan warga Pulau Pinang, terutamanya warga emas yang mudah dijangkiti virus tersebut.

“Penangguhan ini bergantung kepada situasi COVID-19 di Pulau Pinang dan jika ia masih tidak berkurangan sehingga akhir tahun, mungkin kami akan menangguhkannya sehingga tahun hadapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Phee berkata, 11,705 ibu tunggal dan 49,176 ibu warga emas di Pulau Pinang telah mendaftar di bawah program ini dan masing-masing layak menerima RM100 seorang

Sumber- BERNAMA

Faiz Mustafa