Siakap Keli
Gambar Via Mirror.co.uk

Senyuman Penuh Indah, Bayi Comel Lahir Tanpa Mata & Ditinggalkan Ibu Kini Diambil Keluarga Angkat

Sering tersenyum namun siapa sangka bahawa permulaan kehidupan bayi comel yang berasal dari Rusia ini penuh duka.

Dilahirkan tanpa mata, ia menjadikan bayi tersebut sebagai salah seorang dari tiga bayi di seluruh dunia yang dilahirkan dengan keadaan yang sangat jarang berlaku.

Anak kecil itu ditinggalkan oleh ibunya dan ditempatkan di sebuah rumah anak yatim.

Gambar Via Mirror.co.uk

Memetik laporan Mirror.co.uk, ibunya merasakan bahawa dia tidak dapat membesarkannya dengan baik kerana keadaaan mata yang jarang berlaku itu.

Seorang jururawat yang merawat anak kecil itu ketika dia baru berusia enam bulan mengatakan bahawa dia tidak berbeza dengan bayi yang lain, dia bermain dan tersenyum seperti bayi yang sihat.

Gambar Via Mirror.co.uk

“Dia suka bermain dan berenang, dia memang seorang bayi yang sangat ceria,” katanya.

Kanak-kanak lain yang dilahirkan dengan keadaan yang sama seperti bayi tersebut menghidap sindrom anophthalmia SOX2 kebiasaannya mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Sindrom anophthalmia SOX2 hanya dialami oleh seorang kanak-kanak dalam setiap 250, 000 orang dan menyebabkan perkembangan mata dan bahagian badan lain tidak normal.

Menurut seorang doktor, bayi itu merupakan salah seorang dari tiga bayi lain di dunia yang dilahirkan tanpa mempunyai bola mata. Dia juga tidak mempunyai harapan untuk melihat namun satu bola mata implan yang kecil dipasang dalam matanya untuk memastikan wajahnya tidak kelihatan cacat apabila dia membesar nanti.

Dia memerlukan pembedahan lebih lanjut setiap enam bulan bagi meningkatkan saiz ukuran bola mata sesuai dengan pembesarannya.

Gambar Via Mirror.co.uk

Bayi itu juga dilaporkan telah menemui keluarga yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat pada November tahun lalu.

Sumber: Mirror.co.uk

Sofea

There's always another side to every story