Siakap Keli

Tak Akan Berkompromi Dengan Pesalah, Polis Tahan 636 Individu Ingkar PKPP – Ismail Sabri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 636 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah tersebut seramai 595 dikompaun, 38 direman, manakala tiga diikat jamin.

”Semalam PDRM telah menahan 636 individu di atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu seramai 595 individu telah dikompaun manakala 38 individu direman dan tiga dibeikan ikat jamin,” kata beliau.

Menurut Ismail Sabri, antara kesalahan ingkar PKPP ini termasuklah tidak memakai pelitup muka, gagal; patuh kepada penjarakan fizikal serta beberapa kesalahan lain.

Tegas beliau, kerajaan akan terus melaksanakan Task Force operasi pematuhan dan mempertingkatkan pemeriksaan serta sama sekali tidak berkompromi dengan pesalah-pesalah yang ingkar pematuuahn SOP PKPP.

”Antara kesalahan ingkar PKPP termasuklah tidak memakai pelitup muka. Seramai 279 orang gagal mematuhi SOP penjarakan fizikal. Seramai 130 gagal menyediakan peralatan untuk merekodkan butiran diri, 82 aktiviti perjudian, 23 dan lain-lain 122,” katanya.

”Task Force operasi pematuhan akan terus mempertingkatkan pemeriksaan dan tidak berkompromi dengan pesalah-pesalah yang ingkar pematuuahn SOP PKPP ini dan akan terus mengenakan tindakan sama ada kepada individu atau peniaga-peniaga, pemilik premis peniagaan dan lain-lain lagi,” katanya.

Sumber: Sidang Media PKPP

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.