Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 847 Kes Baharu COVID-19 Dan 5 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 847 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 847 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 23,804 kes secara keseluruhan.

Daripada 847 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 842 merupakan kes tempatan manakala 5 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 8,183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 90 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 29 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 486 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 15,417 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 5 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 204 kes atau bersamaan dengan 0.86% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right