Siakap Keli
purdah covid-19
Kredit: Google/Bernama

Wanita Berpurdah Juga Wajib Memakai Pelitup Muka – KKM

Putrajaya, 22 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan wanita yang memakai purdah agar turut memakai pelitup muka.

Katanya, penggunaan purdah satu lapis adalah tidak cukup untuk membendung penularan COVID-19.

“WHO menyarankan penggunaan penutup muka tiga lapisan. Jadi kita kena ikut syor WHO dengan pastikan ada tiga lapisan.

“Kalau satu lapisan tak cukup. Kalau pemakaian purdah hanya satu lapisan, tak cukup. Jadi kita syorkan mereka yang memakai purdah, dalam tu boleh pakai pelitup muka sama ada fabrik atau tiga lapisan,” katanya.

Jelas beliau, terdapat dua jenis penutup muka yang boleh digunapakai untuk tujuan pencegahan iaitu penutup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Penutup muka perubatan tiga lapis digunakan petugas kesihatan, orang awam yang bergejala saluran pernafasan, golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau penyakit kronik.

“Walau bagaimanapun penggunaan penutup muka bukan perubatan disyorkan bagi mereka yang tidak bergejala namun berada di tempat awam,” katanya.

Sumber: KKM, Bernama

Amira

Love yourself.