Siakap Keli

Anda Pesakit Diabetes? Ini Rutin Harian Yang Anda Perlu Lakukan Setiap Pagi

Hidup dengan diabetes bukanlah sesuatu hal yang mudah. Pesakit diabetes harus mengamalkan amalan hidup sihat supaya dapat menjalani aktiviti harian dengan baik dan lancar. Diabetes merupakan salah satu penyakit yang tidak boleh disembuhkan tapi hanya boleh dikawal. Oleh sebab itu, peaskit diabetes memerlukan rawatan untuk seumur hidup mereka.

Memastikan bacaan kandungan gula dalam darah berada pada angka yang ditetapkan adalah amat penting kepada mereka yang menghadapi penyakit ini. Untuk memastikan pesakit diabetes mempunyai hidup yang lebih baik dan sempurna, rutin pada waktu pagi amatlah penting untuk mereka.

Berikut rutin waktu pagi yang wajib dilakukan oleh pesakit diabetes.

1.  Memantau kandungan gula dalam darah

Memeriksa gula dalam darah harus dijadikan rutin wajib pada setiap pagi untuk memastikan kadar gula berada pada sukatan yang telah ditetapkan. Hal ini perlu dilakukan sebelum anda melakukan aktiviti-aktiviti harian yang lain. Seeloknya, pantau sebelum mengambil insulin atau ubat-ubatan yang mampu menurunkan kadar gula dalam darah.

2.  Minum air

Minum air putih di pagi hari memberikan seribu satu manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita. Ianya dapat menghidrasi tubuh badan, membersihkan usus serta menyokong sistem pencernaan kita dengan baik. Air putih juga dapat meningkatkan metabolisme dan mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.

3.  Sarapan dengan makanan yang sihat

Mulakan dengan makan makanan berkhasiat supaya dapat memberikan manfaat untuk mengawal kadar gula. Pola permakanan yang baik adalah sebahagian dari perubatan dan perawatan yang penting untuk pesakit diabetes. Penelitian menunjukan, jika seseorang pesakit tidak mengamalkan sarapan pagi atau jarang akan menyebabkan risiko mendapatkan sakit diabetes tahap 2 tinggi.

4.  Memeriksa kaki

Seiring berjalannya waktu, kerosakkan saraf boleh berlaku pada mereka yang mengidap penyakit diabetes. Keadaan ini dikenali dengan istilah sebagai neoropati.

Diabetes neuropati dapat menyebabkan berbagai gejala termasuk kehilangan deria sentuhan, kesemutan atau sakit pada kaki. Oleh kerana itu, penting untuk peaskit merawat kaki dengan baik. Carilah lecet, luka, lebam dan masalah lainnya setiap pagi. Pastikan agar kaki sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.

5.  Jalan pagi

Memulai hari anda dengan berjalan-jalan dapat membantu menurunkan kadar gula darah dan berat badan, meningkatkan energi, meningkatkan mood, serta memperkuat kekebalan. Jalan kaki juga dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser tertentu. Olahraga yang teratur merupakan kunci kehidupan yang sihat untuk pesakit diabetes.

Elakkan berjalan kaki tanpa memakai selipar atau kasut. Hal ini dikhuatiri akan memudaratkan anda, peasakit diabetes. Disamping itu, pemlihan senaman yang sesuai juga perlu dititik beratkan untuk pengidap diabetes.

Sumber- Kompas.com 

Faiz Mustafa