Siakap Keli

Curi Bawang 550kg Punya Pasal, Dua Lelaki Ditahan Di India

PUNE: Dua orang telah ditangkap kerana mencuri bawang dengan berat sekitar 550kg dari kampung Mauje Devjali, kata Polis Pune pada hari Jumaat.

Menurut polis, tertuduh telah dikenal pasti sebagai Sanjay Paradhi dan Popat Kale.

Kes di bawah seksyen 379, 511 dan 34 Kanun Keseksaan India (IPL) telah didaftarkan di balai polis Narayangaon Pune.

Harga bawang di Pune sudah melepasi Rs100 (RM5.64) per kg berikutan kekurangan bekalan di pasaran kerana hujan lebat di kawasan itu.

Sumber: Gulfnews

Alfi Aiman