Siakap Keli

Elak Risiko Penyakit, Ini 5 Perkara Wanita Perlu Lakukan Untuk Jaga Kawasan Intim

Penjagaan kesihatan dan kebersihan alat sulit amat penting bagi seseorang wanita. Hal ini kerana anggota tersebut boleh terdedah kepada pelbagai masalah antaranya jangkitan yis atau kulat, penyakit kelamin (STD) mahupun pendarahan yang menandakan penyakit lebih serius seperti kanser serviks.

Menurut Mayoclinic, jangkitan yis biasanya menyerang tiga daripada empat wanita pada satu masa ketika hayat mereka. Antara simptomnya ialah rasa sakit, gatal, bengkak dan ruam kemerah-merahan pada kawasan vagina di samping keputihan yang likat.

Jangkitan yis dipercayai berpunca daripada kulat jenis candida albicans. Lazimnya, vagina mempunyai gabungan seimbang antara yis dan bakteria baik, di mana bakteria baik ini akan mengawal pertumbuhan kulat.

Namun, jika keseimbangan itu terganggu, pertumbuhan kulat berlaku secara luar kawalan sehingga menyebabkan ia mula merebak ke bahagian lapisan sel vagina yang lebih dalam, seterusnya menyebabkan simptom jangkitan.

Ilustrasi jangkitan candida albicans. (Kredit: Science Photo Library)

Antara faktor yang mengganggu keseimbangan tersebut ialah pengambilan antibiotik, kehamilan, diabetes yang tidak terkawal, gangguan sistem imun serta rawatan terapi hormon yang meningkatkan kadar estrogen.

Jadi, bagaimana untuk menghindari permasalahan tersebut? Jom ikuti lima langkah penjagaan bahagian intim wanita yang sering dikongsikan pakar kesihatan sebelum ini.

1. Pemakanan

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Pemakanan memainkan peranan penting dalam seluruh aspek kesihatan, termasuk kesihatan faraj wanita. Sebagai contoh, individu yang kurang zat makanan dipercayai boleh terdedah kepada risiko jangkitan kulat pada vagina.

Makanan mengandungi probiotik seperti yogurt pula dikatakan boleh membantu mengatasi jangkitan yis dan organisma yang menjadi punca jangkitan.

Selain itu, jus cranberry juga dipercayai boleh membantu merawat masalah jangkitan kuman pada saluran kencing.

2. Ruang Bernafas

Pakaian yang ketat boleh mengganggu pengudaraan, menyebabkan kerengsaan dan membuatkan kawasan sulit menjadi lembap. Keadaan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat pada kawasan tersebut. Oleh itu, pakailah pakaian yang longgar dan diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kapas bagi menggalakkan pengudaraan.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

3. Suntikan Vaksin

Selain jangkitan yis, vagina juga terdedah kepada risiko kanser serviks yang disebabkan oleh human papilloma virus (HPV). Virus ini juga dipercayai boleh menyebabkan jangkitan hati yang serius, hepatitis B yang merebak melalui hubungan seksual.

Suntikan vaksinasi akan membantu tubuh membentuk imuniti terhadap virus berkenaan sekaligus melindungi anda daripada jangkitan. Anda boleh ke hospital kerajaan dan swasta untuk mendapatkan vaksinasi berjadual. (Hukum vaksinasi)

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

4. Pemeriksaan Kesihatan Secara Berkala

Kajian mendapati semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko anda mendapat kanser serviks. Kanser ini boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal. Antara tanda kanser serviks ialah pendarahan pada alat sulit walaupun selepas menopause di samping rasa sakit ketika bersetubuh.

Oleh itu, pemeriksaan ujian Pap secara berkala seiring dengan peningkatan usia adalah penting agar anda dapat mengenalpasti sebarang permasalahan lebih awal.

5. Penjagaan Kebersihan

Bersifat self-cleaning, vagina tidak memerlukan penggunaan produk pembersihan yang kuat mahupun meruang (douching) bagi mengelakkan permasalahan lain seperti gatal dan berbau. Amalan meruang juga dipercayai boleh mengganggu bakteria baik yang berfungsi untuk mengimbangi pertumbuhan yis di dalam vagina.

Sebaiknya, basuh sahaja menggunakan air atau sabun khusus tanpa pewangi yang mempunyai pH sesuai. Hal ini kerana bahan pewangi dan bahan kimia di dalam produk penjagaan intim mungkin boleh menyebabkan reaksi alergi seperti kegatalan dan kerengsaan pada alat sulit.

Oleh itu, pilih produk yang bebas bahan kimia berbahaya seperti paraben dan SLES, agen penghasilan buih yang sering ditemui dalam produk penjagaan diri.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Penjagaan Kebersihan Diri Ketika Datang Bulan

Sensitif dan mudah terdedah kepada risiko, satu-satunya organ pembiakan wanita ini perlu dipelihara dengan teliti. Malah, penjagaan kesihatan alat intim tidak lengkap tanpa penjagaan kebersihan ketika datang bulan.

Di samping kerap menukar tuala wanita bagi mengelakkan jangkitan bakteria, anda juga perlu memilih tuala wanita yang bebas bahan kimia berbahaya seperti racun perosak yang lazimnya diperoleh dari ladang kapas.

Antara bahan kimia berbahaya lain yang pernah ditemui dalam sesetengah tuala wanita ialah acetone, kloroform dan chloroethane yang dipercayai boleh menyebabkan kanser.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Macam Mana Nak Tahu Jika Tuala Wanita Anda Selamat Dan Bebas Bahan Kimia Berbahaya?

Salah satu cara untuk pastikan tuala wanita kita selamat ialah dengan memastikan produk yang ingin dibeli lulus ujian makmal. Penyelidik akan mengambil sampel tuala wanita untuk diuji bagi mengesan kehadiran bahan kimia berbahaya di dalamnya seperti racun perosak dan fluorescent.

Tuala wanita yang bebas atau mengandungi kandungan bahan kimia yang rendah dan dalam jumlah yang tidak berbahaya akan dipertimbangkan sebagai selamat untuk digunakan.

Contohnya, FC Bio Sanitary Pad oleh Avail Beauty. Produk ini telahpun mendapat kelulusan ujian makmal di empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura. Ujian ini sekaligus menjamin bahawa produk ini bebas daripada bahan kimia berbahaya dan bahan kitar semula.

Disahkan Halal

Bukan sahaja dalam soal makan minum, sebaiknya kita juga perlu memastikan status halal produk lain seperti minyak wangi, produk kosmetik, ubat-ubatan dan penjagaan diri bagi menjauhi keraguan.

Selain itu, FC Bio Sanitary Pad juga telah disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf badan JAKIM di Malaysia.

Seperti kita tahu, pensijilan halal merupakan proses yang teliti bermula dari pemilihan bahan mentah, pemprosesan hinggalah lokasi pengilangan produk.

Oleh itu, produk yang diiktiraf halal akan lebih terjamin dari sudut kesucian, kualiti dan kebersihannya.

Jadi tak perlu ragu lagi kerana bahannya mesra pengguna dan cara pemprosesannya juga dijamin suci dan selamat.

Kini, Avail Beauty sedang memohon pensijilan halal bagi FC Bio Sanitary Pad mereka daripada pihak JAKIM di Malaysia.

Selesa, Bantu Atasi Masalah Intim Wanita

Bukan itu sahaja, FC Bio Sanitary Pad ini juga mesra pengguna dan membantu mengatasi masalah bau ketika datang bulan.

Diperbuat daripada 100 peratus liputan kapas dan mempunyai daya serapan tinggi, FC Bio Sanitary Pad ini turut mengandungi herba semulajadi seperti maifanitum, peppermint, alumen, borneol dan aquilariae lignum.

Permukaannya yang ultra nipis juga boleh memberi keselesaan kepada pengguna. Ia didatangkan dengan tiga variasi produk iaitu pantiliner dan tuala wanita untuk kegunaan siang serta malam.

Kempen Share & Menang RM10,000

Sekarang ni, Avail International sedang mengadakan Kempen Share & Menang RM10,000 tau! Kempen bermula dari 10.10.2020 sehingga 12.12.2020 akan datang.

Jadi jangan buang masa, sertai peraduan ni beramai-ramai dan rebut hadiah anda sekarang. Untuk mengetahui cara penyertaan dan maklumat lanjut kempen, anda boleh layari Facebook Rasmi Avail Beauty Sdn. Bhd atau laman web mereka di sini.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.