Siakap Keli
Gambar Hiasan via Medicalexpress.com

Gadis 13 Tahun Dilaporkan Maut Dipercayai Diserang Monyet Ketika Mengambil Jemuran

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah dikejar dari bumbung oleh sekumpulan monyet di India.

Menurut Daily Mail, kejadian remaja perempuan meninggal dunia dipercayai akibat serangan monyet itu berlaku di Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, awal hari ini. 

Tambah Daily Mail, haiwan itu sering menjadi ancaman di daerah tersebut di mana terdapat kematian dilaporkan yang mempunyai kaitan dengan serangan monyet.

Remaja itu pergi ke kawasan bumbung atas rumah untuk mengambil pakaian yang telah kering sebelum dia dikejar oleh sekumpulan monyet. Kesan daripada kejadian itu, gadis itu dikejarkan ke hospital tetapi doktor mengatakan bahawa dia meninggal semasa tiba di hospital.

Monyet sering menjadi ancaman di daerah Muzaffarnagar dan tahun lalu, seorang bayi berusia empat bulan terbunuh dalam kemalangan, ketika berada di rumah bersama ibu bapanya.

Sumber: Dailymail

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.