Siakap Keli
Gambar Hiasan via forbes.com

Jangan Leka, Dapatkan Rawatan Sekiranya Alami Gejala-Gejala COVID-19

Seperti yang ramai ketahui, kes COVID-19 menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini. Perkara ini sudah pastinya merisaukan pelbagai pihak. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengamalkan penjarakan fizikal dan SOP yang telah ditetapkan.

Pun begitu, setiap orang juga perlu berwaspada dengan gejala-gejala jangkitan tersebut. Menerusi halaman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth, terdapat beberapa gejala yang perlu diketahui oleh semua orang. Sekiranya mempunyai gejala-gejala tersebut, adalah disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda mempunyai 2 daripada gejala ini iaitu :

1. Demam.
2. Muntah atau loya.
3. Sakit kepala.
4. Menggigil.
5. Hidung tersumbat.
6. Kelesuan.
7. Selesema.
8. Kejang otot.
9. Sakit tekak.
10. Cirit-birit.

Namun anda perlu mendapatkan rawatan doktor di klinik berdekatan sekiranya 1 daripada gejala ini terdapat pada anda.

1. Batuk.
2. Sukar untuk bernafas.
3. Hilang keupayaan deria bau dan deria rasa.

Bagi anda yang baru sahaja pulang dalam masa 14 hari dari kawasan kluster COVID-19, kawasan zon merah, pulang dari luar negara dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif kes Covid, anda juga perlu untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan daripada doktor.

Jangan leka dan alpa.

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia-Portal Myhealth

Aziezzan