Siakap Keli
Gambar Via BBC/intergris

“Kami Menunggumu”, Stok Darah A Berkurang, KKM Rayu Orang Ramai Segera Derma

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook sebentar tadi memohon bantuan orang ramai untuk menderma darah terutama bagi kumpulan A yang semakin berkurang.

Kepada penderma darah kumpulan darah A, kami tahu anda AWESOME, kami tahu anda AMAZING, kami tahu anda ATTRACTIVE, kami sangat memerlukan darah ADIWIRA anda.

Bagi yang berhasrat untuk menderma, anda boleh melakukannya di Pusat Pendermaan Darah Statik PDN iaitu di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya, PDN Donation Suite, Midvalley Megamall, Level 3 (Mezzanine), (Sebelah Tingkat Atas Daiso) atau di kempen derma darah yang berdekatan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story