Situasi semasa COVID-19 di Sabah kini semakin membimbangkan dengan ratusan kes dicatatkan pada setiap hari.
Keadaan tersebut juga pastinya turut memberi kesan kepada petugas barisan hadapan di negeri itu yang bertungkus lumus menjalankan tugas bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 selain kekurangan alatan keperluan.
Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau menyeru orang ramai untuk sama-sama menyumbang kepada barisan hadapan di Sabah kerana mereka amat memerlukan bantuan.
Mereka di sana amat memerlukan bantuan
ساي ايڠين مڽرو اونتوق كيت سام-سام مڽومبڠ كڤد باريسن هادڤن د سابه. مريك د سان امت
ممرلوكن بنتوان.Saya ingin menyeru untuk kita sama-sama menyumbang kepada barisan hadapan di Sabah. Mereka di sana amat memerlukan bantuan. pic.twitter.com/ncNRJctI3i
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 23, 2020
Dr Zulkifli juga mengatakan bahawa beliau sentiasa memastikan agensi agama di bawah tanggungjawabnya meneruskan bantuan #MusaadahCOVID19.
سومبڠن ياديم سابه اين ممبري منفعة كڤد هوسڤيتل كوتا مارودو، كلينيك كصيحتن لڠكون، كوتا مارودو; كلينيك كصيحتن تلاڬ، ڤيتس; كلينيك كصيحتن بوڠكول، ڤيتس دان كلينيك كصيحتن مينومبوك، كوالا ڤڽو.
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 23, 2020
Di dalam ciapan tersebut juga, Dr Zulkifli berkongsi mengenai sumbangan yang diberikan oleh YADIM Sabah yang akan memberi manfaat kepada beberapa hospital dan klinik di sana.
توروت منريما سومبڠن اياله كلينيك كصيحتن ڤدس داميت، بياوفورت دان كلينيك كصيحتن كروكن، كوالا ڤڽو.
Turut menerima sumbangan ialah Klinik Kesihatan Padas Damit, Beaufort dan Klinik Kesihatan Kerukan, Kuala Penyu.
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 23, 2020
Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri