Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pejabat JPN Di KL, Selangor Ditutup Sementara Sehingga Tamat PKPB

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memaklumkan 15  pejabat  JPN di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor ditutup sementara mulai hari ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) ditamatkan.

JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan sementara  pejabat JPN berkenaan adalah berikutan arahan PKPB.

Pejabat yang ditutup ialah JPN Kepong; JPN Bandar Tun Razak; JPN Seputeh; JPN Pelabuhan Klang; JPN Rawang; JPN Kota Damansara; JPN Taman Melawati; JPN Petaling; JPN Puchong; JPN Seri Kembangan; JPN Sepang; JPN Hulu Langat; JPN Sabak Bernam dan JPN Hulu Selangor.

Bagaimanapun pejabat JPN Cawangan UTC KL yang turut ditutup sementara, akan dibuka semula pada 28 Okt ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Putrajaya di talian 03-88807077 atau hantarkan e-mel kepada [email protected], demikian menurut kenyataan tersebut.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.