Seorang pekerja jalan raya yang melukis garisan putih di atas posum yang telah mati di atas jalan dikritik kerana ‘tidak menghormati’ haiwan itu, lapor Evening Standard.
Gambar yang diambil pada Isnin lalu di jalan Pukekohe, Auckland itu menunjukkan posum tersebut terbaring kaku dan mempunyai garisan putih di atasnya.
Seorang wanita yang memuatnaik gambar tersebut di dalam media sosial, mengatakan bahawa dia dan rakannya terkejut melihat haiwan itu namun juga merasa lucu.

“Posum itu jelas sekali sudah mati,” katanya.
Jurucakap Auckland Transport juga berkata bahawa kontraktornya telah melakukan kesalahan ketika mengecat haiwan itu.
“Kami telah mengarahkan pekerja kami untuk membuang posum itu dan mengecat semula garisan,” katanya.
Sesetengah pengguna media sosial merasa ‘terganggu’ oleh kesilapan pekerja jalan raya tersebut.
Ramai yang meninggalkan komen di kiriman tersebut dan berkata ia tindakan ‘menjijikkan’ dan ‘tidak menghormati’ kerana tidak mengalihkan posum itu.
Sumber: Evening Standard