Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Setelah Tiga Minggu Ditutup, Taman Negara Pahang Dibuka Semula Hari Ini

Taman Negara Pahang akan dibuka semula kepada pelawat bermula hari ini (23 Oktober).

Notis pembukaan itu telah dimaklumkan oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia di Facebook semalam.

Pada 6 Oktober lalu, PERHILITAN telah menutup kesemua fasiliti awam di bawahnya termasuk di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dan Taman Negara Pahang, Sungai Relau bagi mencegah penularan COVID-19.

Pun begitu, para pelawat mestilah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Para pelawat juga harus mengamalkan dan membiasakan diri dengan norma baharu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

[NOTIS PEMBUKAAN]Pembukaan semula kawasan ekopelancongan di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN bermula 23 Oktober 2020…

Posted by Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia on Thursday, October 22, 2020

Sumber: Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.