Siakap Keli
Gambar: Bernama

Sistem OSC 3.0 PPj Terima Anugerah Peringkat Antarabangsa

PUTRAJAYA, 23 Okt  — Perbadanan Putrajaya (PPj) melakar nama di pentas antarabangsa apabila memenangi anugerah bagi kategori Future Government Award menerusi sistem pemantauan One Stop Centre (OSC) 3.0, pada majlis anugerah Future City Awards Dubai 2020 yang diadakan secara maya bersempena Annual Investment Meeting (AIM) Digital 2020.

PPj menerusi kenyataannya hari ini berkata anugerah itu merupakan yang pertama di peringkat antarabangsa yang diterima pihaknya bagi sistem pemantauan OSC 3.0 yang dibangunkan oleh PPj sendiri.

AIM Digital 2020 merupakan pertandingan inovasi anjuran Kementerian Ekonomi Emiriah Arab Bersatu yang menghimpunkan komuniti pakar pelaburan global di bawah satu platform maya.

“Sistem OSC 3.0 itu berkebolehan untuk menerima, memproses, meluluskan dan memantau semua projek perancangan, pembangunan, landskap, infrastruktur dan ubah suai sehingga ke pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“OSC 3.0 telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di arena tempatan seperti Anugerah Presiden Malaysia Institute of Planners (MIP) for Planning Excellence 2018, Anugerah Emas di Regional Team Excellence 2019 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia, Anugerah 5 Bintang Emas di Annual Productivity & Innovation Conference (APIC) 2019 dan pemenang kategori sektor awam di APIC 2019,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut PPj, sistem pemantauan OSC 3.0 itu turut dijadikan kayu ukur kepada pembangunan sistem OSC 3 Plus oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diguna pakai oleh beberapa pihak berkuasa tempatan.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.