Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 710 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 710 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 24,514 kes secara keseluruhan.
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
23 Okt 2020Kes sembuh=467
Jumlah kes sembuh=15,884 kes
Kes baharu positif=710
(kes import=1, kes tempatan=709)
Jumlah positif=24,514 kes
Kes kematian=10
Jumlah kes kematian=214 kes
Kes dirawat di ICU=90 kes
Bantuan Alat Pernafasan=28 kes pic.twitter.com/tuBcuIuO0S— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 23, 2020
Daripada 710 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 709 merupakan kes tempatan manakala 1 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 8,416 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 90 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 467. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 15,884 kes.
𝟒𝟔𝟕
467 kes sembuh dilaporkan hari ini. Jumlah kes sembuh terus meningkat kepada 15,884 bersamaan 64.80%
Terima kasih petugas kesihatan!
Kes sembuh mengikut negeri:
Kedah-74
P.Pinang-24
Selangor-105
N.Sembilan-1
Melaka-7
Johor-7
Pahang-1
Terengganu-4
Sabah-246
Sarawak-1 pic.twitter.com/E3Yq6dS1ta— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 23, 2020
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 10 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 204 kes atau bersamaan dengan 0.87% secara keseluruhannya.
Dukacita dimaklumkan 10 kematian COVID-19 dilaporkan hari ini. 8 kes dilaporkan di Sabah, manakala Kedah dan Labuan masing-masing catat 1 kes kematian.
Setakat ini, 214 kes kematian dilaporkan.
KKM ucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. pic.twitter.com/IgyYewqtcu
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 23, 2020
Sumber: KKM