Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Turun 4 Sen, Diesel Kekal

Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 24 Oktober sehingga 30 Oktober 2020.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM1.98 seliter kepada RM1.94 seliter.

Harga runcit bagi petrol RON95 juga turut naik sebanyak 4 sen liter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.64 seliter.

Sementara itu pula, harga runcit bagi minyak diesel pula kekal pada paras RM1.74 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak mentah dunia ini akan terus dipantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

Sumber: Ministry of Finance

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.