Siakap Keli

Tiga Kali Basuh Tetap Baju Bau Busuk, Ibu Tak Sedar Ada Udang ‘Berenang’ Dalam Mesin Basuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Fasa membesarkan anak-anak adalah satu cabaran yang perlu dilalui setiap pasangan suami isteri. Tambahan pula mendapat rezeki anak yang sangat aktif, bukanlah satu perkara yang mudah. Setiap kesabaran dan emosi penting dalam mendidik terutamanya untuk kita memahami ragam mereka.

Satu lagi kisah lucu berbau sedih daripada perkongsian di Umi Aniza Amani menerusi Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini? , kejadian ini berlaku tanpa diduga.

Mana taknya, udang mentah di ‘basuh’ bersama baju-baju yang lain. Hancur hati ibu ini apabila udang yang dibeli encik suami akhirnya menjadi punca baju dan mesin berbau busuk. Kalau terjadi dekat korang, apa reaksi korang?

“3 kali omi boh sabun basuh kain 3 kali omi boh pewangi tapi kain bju tetap busuk…last bila angkat semua baju rupa-rupanya ada udang galah berenang dalam mesin basuh”

Sebenarnya macam ni, saya pergi ambik dorang lepas balik keja. Abah dorang ambik dorang dari rumah pengasuh bawak p bengkel tempat dia buat kerja, nak balik tu abah bagi udang kat si kakak. Si kakak masukkan plastik udang dalam plastik baju busuk dorang (takut menitik air katanya – releven la alasan tu). 

Lepas sampai rumah dorang bawak beg plastik tu terus letak dalam besen baju busuk yang lain, yang si omi pon salah jugak lupa dah nak tanya sebab kalut nak mandi maklumlah kerja hospital balik pulak lewat dah masa tu. Esok pagi p keja pagi pula balik kerja pagi jam 3 lebih terus ambik semua baju busuk campak dalam mesin nak basuh macam biasa la..

“Setelah tiga kali letak sabun ingatkan baju tu busuk, rupanya…”

Si abah salahkan kami semua sebab si omi tak kirai-kirai dulu baju, memang omi tak kirai sebab baju seluar dorang tak dak poket kebanyakan kalau seluar si abah, omi kirai sebab selalu ada skru nut dan yang penting kadang-kadang ada duit jugak, hehe.

Kata wanita ini, dia tidak salahkan sesiapa kerana mungkin kecuaian daripadanya dan suami. Tambahnya lagi, ibu ini berharap agar tidak ada individu yang kecam tindakannya kerana ia terjadi diluar jangkaan.

 

Sumber: Umi Aniza Amani

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang