Perancis telah melanjutkan perintah berkurung pada waktu malam di puluhan lagi wilayah di negara itu dalam usaha untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19.
Penguatkuasaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Jean Castex itu menjadikan Perancis memasuki gelombang kedua dengan 41, 622 kes baharu dicatatkan.
Perintah berkurung yang bermula pada jam 9 malam hingga 6 pagi itu berkuatkuasa semalam dan sekitar 46 juta orang akan terkesan dengan perintah tersebut.
Negara-negara di sekitar Eropah kini juga sedang bergelut dengan peningkatan jangkitan Covid-19.
“Minggu-minggu seterusnya adalah sukar untuk dilalui dan jumlah kematian akan terus meningkat,” kata Jean Csstex.
Pengumuman Perdana Menteri itu dikeluarkan kurang dari seminggu setelah perintah berkurung yang sama dikuatkuasakan di wilayah Paris dan lapan bandar lain termasuk Marseille, Lyon, Lille dan Toulouse.
Sumber: BBC